TERMA DAN SYARAT

POLISI TEMPAHAN, PEMULANGAN, BAYARAN & HARGA KAD KAHWIN PENANG


1. POLISI PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN

Selepas setiap tempahan, KKP akan melakukan proses rekabentuk dan mendapatkan pengesahan pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan selepas dua kali pembetulan jika ada bersama baki bayaran. KKP tidak akan bertanggungjawab untuk atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat. Untuk jadual jangka masa proses tempahan, sila rujuk kepada jadual proses tempahan yang dipaparkan.


2. POLISI KUALITI CETAKAN DAN WARNA

KKP menggunakan pencetak digital dan offset untuk menghasilkan semua produk keluaran KKP. Ketidakselarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir KKP ialah 5%-10% daripada warna di sample cetakan. Warna melalui monitor atau skrin komputer adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan julat warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai julat ‘standard’ cetakan iaitu +-5mm.


3. POLISI PEMULANGAN DAN PENUKARAN PRODUK

Jika anda tidak berpuas-hati dengan barangan yang anda beli, anda boleh memaklumkan pihak KKP dalam tempoh masa 3 hari selepas penerimaan dan memulangkan semula barangan tersebut dalam masa 5 hari selepas penerimaan (barangan perlu dibungkus semula dalam pek asal seperti ketika penerimaan). Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu diserahkan sepenuhnya kepada KKP. Pihak KKP kami berhak untuk tidak menggantikan atau menukar produk yang gagal dipulangkan sepenuhnya.


4. BARANGAN PENGHABISAN STOK

Walaupun kami sedaya upaya akan memastikan kecukupan simpanan stok produk sedia-ada, masalah kehabisan stok mungkin akan berlaku. Jika ini berlaku, anda akan diberitahu melalui email, sms atau call . Jika anda tidak ingin menunggu sehingga stok ada, anda boleh membatalkan pesanan anda. Jika kami tidak menerima pembatalan pesanan anda sebelum proses draf dilakukan, kami menganggap anda bersetuju dengan tempoh kad siap lewat. Jika kami tidak dapat menyiapkan barangan tersebut dalam masa 30 hari, pesanan anda akan dibatal secara otomatik dan pemulangan bayaran akan dilakukan. Jika sebahagian barangan dari pesanan anda telah dibatalkan, pemulangan bayaran akan dilakukan mengikut jenis barang yang telah dibatalkan sahaja.


5. POLISI PRA-BAYAR & DEPOSIT

Pembayaran boleh dilakukan secara deposit minimum RM100, 50% atau bayaran penuh terus. Rekabentuk kad atau lain-lain produk tempahan hanya akan dibuat selepas pembayaran deposit dibuat. Proses cetakan produk juga hanya akan dibuat selepas pembayaran anda disahkan. Baki 50% bayaran boleh dibuat ketika pengesahan cetakan atau sebelum penghantaran.


6. POLISI PENGHANTARAN

Menjadi keutamaan kami untuk memastikan penghantaran produk kepada pelanggan dilakukan dengan baik. Semua penghantaran sekitar semenanjung Malaysia akan dilakukan melalui syarikat kurier dilantik. Semua penghantaran akan dikenakan caj tambahan berdasarkan berat dan lokasi mengikut kadar semasa. Barangan telah siap dijangka akan diterima pelanggan sekitar 2-3 hari bekerja.


6. POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN & PEMULANGAN DEPOSIT

Pembatalan tempahan akan dibenarkan jika proses draf belum dibuat, produk masih belum dicetak dan caj pembatalan akan dikenakan. Berikut ialah kos yang akan dikenakan atas pembatalan tempahan :

a. Pembatalan tempahan sebelum kerja draf design dilakukan @ Caj RM50.00

b. Pembatalan tempahan selepas kerja draf design dilakukan tetapi belum melibatkan kerja pembetulan @ Caj RM100.00 

c. Pembatalan tempahan semasa proses kerja pembetulan @ 35% daripada nilai tempahan

d. Pembatalan selepas kerja cetakan dilakukan @ Tiada pemulangan @ Caj penuh dikenakan

e. Deposit penuh akan dipulangkan jika pembatalan ialah atas sebab kegagalan memenuhi jangka waktu proses yang tertera dalam polisi tempahan & jadual tempohmasa 

Proses pemulangan deposit hanya akan dilakukan melalui online transfer banking oleh pegawai kewangan syarikat kami dalam tempoh 36 jam selepas proses pembatalan disahkan.


7. POLISI PENUKARAN ATAU PERUBAHAN DESIGN ASAL & PEMBUATAN REKAAN KHAS

Semua produk  KKP Siri Standard ialah  ‘100% Personalized Readymade Product’ yang mana semua rekabentuk asal tidak boleh diubah warna tema, saiz dn material.  Pemilihan font, penambahan foto dan penambahan elemen rekaan atau info tanpa sebarang caj. Cetakan terus untuk rekaan yang dibuat oleh pelanggan sendiri juga tidak akan dikenakan caj tambahan. Caj tambahan cuma akan dikenakan atas permintaan untuk merekabentuk produk pesanan khas daripada pelanggan yang tidak menggunakan pilihan rekaan asal Kadkahwin Penang. Untuk kondisi ini pelanggan perlu menyediakan imej/grafik/  visual/lakaran untuk pereka KKP membuat rujukan. Caj yang akan dikenakan ialah mengikut kadar semasa.


8.TUKAR PETA MAJLIS SECARA KESELURUHAN CAJ MINIMUM RM30


9. POLISI PENGURANGAN DAN PENAMBAHAN KUANTITI

1. Pengurangan atau penambahan kuantiti dibenarkan sebelum pengesahan draf dilakukan.  


10. POLISI TEMPAHAN PAKEJ

1. Harga, kuantiti  dan item untuk semua pakej telah ditetapkan oleh pihak KKP.

2. Semua item (Bunting/Arrow sign/DLL) mengikut design kad yang ditempah dengan 10-25% ubah suaian design bergantung kepada saiz item yang terlibat.

3. Draf untuk semua item di dalam pakej perlulah disahkan bersama dan akan di proses sekali bersama. 

4. Jika pengurangan kuantiti kad dilakukan berbeza dari kuantiti pakej yang ditawarkan tempahan tersebut tidak layak dikira sebagai pakej.

Tempahan tersebut akan dicaj mengikut harga biasa.


11. POLISI ‘RUSH ORDER’

KKP mempunyai polisi ‘Urgent Order’ untuk membolehkan pelanggan memohon untuk mempercepatkan proses rekabentuk dan pembikinan produk mereka. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk mempercepatkan proses melalu ‘urgent order’ ini bergantung kepada konsisi pengeluaran dan beban semasa KKP. Pihak KKP berhak untuk menolak permintaan  ‘Urgent Order’ daripada pelanggan dalam keadaan beban semasa yang tinggi. ‘Urgent Order’ akan dikenakan caj berdasarkan caj semasa yang telah ditetapkan.


12. POLISI PENGIKLANAN LOGO JENAMA Kad Kahwin Penang

Semua harga jualan rasmi produk KKKP ialah termasuk nilai pengiklanan jenama Kadkahwin Penang di produk tersebut. Cetakan logo Kadkahwin Penang di bahagian produk buatan Kadkahwin Penang adalah standard pengiklanan jenama Kadkahwin Penang. Pelanggan dibolehkan untuk tidak membenarkan KKP mengiklankan logo di produk tempahan mereka dengan membuat bayaran tambahan minimum RM50.00.


13. POLISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL SYARIKAT

Semua harga pakej promosi yang diiklankan ialah berasaskan kepada ‘CSR’ syarikat bagi membantu kerajaan mengurangkan beban kos perbelanjaan perkahwinan rakyat Malaysia. Harga-harga pakej dan promosi yang diiklankan hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja.


14. POLISI PENGAMBILAN PRODUK SIAP

Pihak KKP akan memaklumkan dengan lebih awal kepada anda tarikh produk tempahan anda akan siap. Semua produk yang telah disiap perlu di ambil dalam masa 5 hari daripada tarikh siap. KKP tidak akan menanggung sebarang perkara yang berlaku samaada kerosakan daripada serangga, air atau sebagainya selepas tempoh simpanan 5 hari di setor Kadkahwin Penang.